Friday, August 19, 2011

tradisi turun temurun

hey guys! oke mlm nie i nk bg resepi turun temurun kueh tradisi kt umh nie.... raya wajib ade ok!!! meh2 check it out... kueh ape agaknyer yer....

taraaaaaaa~~

yeaahh bebeh! tumpi n peyek@rempeyek.... bwh nie resepi tradisi turun temurun my family... :))

**********************************************************************************

REMPEYEK

bahan-bahan
(folo yg biasa mama sy buat- tuk 1 tin biskut besar tu)

1.5kg Tepung Beras
1.5kg kacang tanah
4 biji telur
3 biji kelapa ( perah santan jgn cair sgt)
25g udang kering*
50g ketumbar (rendam seketika)*
2 labu bawang putih *
1 sudu teh jintan manis*
[bahan bertanda * hendaklah di blender bersama]
sedikit kiub/perasa ikan bilis
garam-secukup rasa
ajinamoto-secukup rasa
minyak utk mengoreng
25g ikan bilis

cara-cara

masukkan santan ke dalam tepung beras. bancuh mengikut kesesuaian kepekatan yg anda sukai ( sbb ada suke tebal, ada suka tipis-di nasihatkan jgn terlalu cair), masukan telur sebiji demi sebiji. kacau sebati.masukkan bahan yg telah di blender td. kacau rata. tambahkan perisa ikan bilis, garam n serbuk perasa ajinamoto( jgn byk2 xbaik tuk kesehatan). 

panaskan minyak. gunakan senduk yg sedikit bulat utk memudahkan proses menggoreng. amek satu senduk bancuhan tepung, tambahkan kacang tanah(ikut suka byk ke sikit) dan ikan bilis (ikut suka jugak byk ke sikit), letak elok2 dlm kuali (jgn cmpak2 plak nnt x cntek). sekiranya anda rasa hasil gorengan anda sedikit tebal, tambahkan SANTAN (bukan air ok), atau sekiranya terlalu nipis, tambahkan sedikit tepun beras.
masak sehingga kekuningan dan pastikan kacang tanah masak sepenuhnyer

**********************************************************************************

TUMPI

bahan-bahan
(folo yg biasa mama sy buat- tuk 1 tin biskut besar tu)

1.5kg Tepung Beras
1.5kg kacang hijau ( rendam separuh hari-jgn rebus!!! rendam jer ok!)
4 biji telur
3 biji kelapa ( perah santan jgn cair sgt)
25g udang kering*
50g ketumbar (rendam seketika)*
2 labu bawang putih *
1 sudu teh jintan manis*
[bahan bertanda * hendaklah di blender bersama]
garam-secukup rasa
ajinamoto-secukup rasa
minyak utk mengoreng

cara-cara

masukkan santan ke dalam tepung beras. bancuh mengikut kesesuaian kepekatan yg anda sukai ( sbb ada suke tebal, ada suka tipis-di nasihatkan jgn terlalu cair), masukan telur sebiji demi sebiji. kacau sebati.masukkan bahan yg telah di blender td. kacau rata. tambahkan  garam n serbuk perasa ajinamoto( jgn byk2 xbaik tuk kesehatan). campurkan kacang hijau ikut kesesuaian ( agak2 lar byk maner)

panaskan minyak yg agak byk. gunakan senduk yg sedikit leper (senduk nasi) utk memudahkan proses menggoreng. amek satu senduk, layarkan bancuhan di tepi (lereng) kuali (BUKAN TENGAH2 MCM BUAT CUCUR tu). buat pendek2, sehingga penuh keliling kuali (pastikan x bercantum). curahkan sedikit demi sedikit minyak di gorengan. agak sedikit kering, jatuhkan ia, dan biar seketika di dalam kuali sehingga kekuningan. sekiranya anda rasa hasil gorengan anda sedikit tebal, tambahkan SANTAN (bukan air ok), atau sekiranya terlalu nipis, tambahkan sedikit tepun beras.
masak sehingga kekuningan bukan hitam dan pastikan kacang hijau masak sepenuhnyer

**********************************************************************************
selamat mencuba...kalau nk cuba.. :)) 

sekian terima kasih..

p/s: rase dia totally dif dr yg ade kt kedai ok! 

No comments: