Saturday, January 21, 2017

JDT & HATERS 21012017

Dear haters.. 

no one knows the club more than the one who create; established and manage it. 

before season start club mmg xde target pape2 trophy.. cuma target utk berada dlm top 4 utk MSL.. suku akhir piala FA & Piala malaysia.. kita buat target berdasarkan prestasi sebenar.. bukan angan2 or ckp kosong.. JDT buat target dlm keadaan beberapa team lain masih bergelut dgn konflik kewangan n nk tarik diri dari liga atau x..kalah dlm sumbangsih xde lar memalukan mana.. JDT adalah sebuah kelab yg hidup. Tahu bernafas bila perlu. Bergembira bila perlu. Berhati2 bila perlu. Bukan digerakan seperti boneka. Tapi dia hidup dgn keadaan dan prestasi sebenar. 3 tahun yg lalu JDT dh berbelanja besar. Hidup dlm keterujaan. Capai kemenangan. 

Menjalani kehidupan yg sederhana utk musim nie dgn mengekalkan kualiti dan kedudukan selaku kelab muda yg di segani dan di kenali adalah satu putaran normal utk sesuatu yg "hidup".


Tidak mustahil jika JDT mungkin akn berada lebih daripada kedudukan 4 terbaik liga. Mungkin ke 5 atau ke 6. Kerana kelab dan pasukan lain telah belajar sesuatu dari JDT n mereka mahu jadik seperti JDT. 


Tetapi xmustahil juga jika JDT berjaya menakluk liga dan AFC kembali. X mustahil jika JDT mampu mencipta sesuatu dlm ACL. Kerana magis dlm bola sepak atau dalam kehidupan skalipun sentiasa ada. Titik tolak magis itu adalah dari usaha dan xpernah menyerah. 


Dear haters; 

Bila mana cacian dan hinaan di lemparkan kepada JDT., mengelar TMJ kami dengan gelaran yg xsepatutnyer., memerli dan mengata Bangsa Johor seperti telah melakukan kesalahan menelan 2.6bil., kami senyap dan senyumkan. Cuma kdg kala ada di kalangan kami yg melatah.. maafkan lar.. sabar setiap kita tidak sama. 

Kami x pernah memperkecilkan mane2 gabungan atau "persatuan" kenegerian.. pada kami semua org berhak bersuara. Yang pastinya rakyat satu malaysia masih boleh n mampu utk shopping di JPO and pergi ke legoland tanpa sebarangan halangan kluar masuk oleh bangsa johor. 


Dear haters

JDT dan bangsa johor adalah sesuatu yg hidup.

Kami tahu marah, sabar dan sedih seperti kalian. 

Membenci kerana dengki itu satu penyakit. Tetapi mengkritik kerana kebenaran itu ubat yg pahit. Terpulang nk makan n hadam ubat pahit tu atau biarkan penyakit tu merebak. Pilihan di tgn kita. 


Mempolitikan sukan hanya menyusahkan n memusnahkan nilai sukan itu sendiri. 


Akhir kata

Selamat maju jaya utk haters & pasukan anda 

Semoga kejayaan milik kita bersama. 



-mell- 

#tempedansambalkicapitusedap


No comments: