Saturday, March 26, 2011

kebaikkan susu kacang soya

hyep!! haah! arini nk share pasal info kesihatan plak... pasal susu kacang soya... actually dh lame nk try susu kacang soya nie..  mcm bez plak... pastu terjumpe plk soymilk instant (brand SUPER)... pastu carik2 info pasal soymilk nie... pastu terjumpe lar kt web site petronas mymesra (http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=lpg&pg=lpg_articles&ac=106)... xsangka lar ade info kesihatan dlm tu... so, let me share wit u guys ok ape yg sy dpt... 

1. FUNGSI MEMORI
Fakta ini amat benar terutamanya bagi mereka yang sedang melalui alam menopaus. Selepas menopaus, kajian menunjukan lebih ramai wanita mengalami penurunan daya memori berikutan kekurangan hormon estrogen. Kajian juga  menunjukkan yang soya menguatkan lagi memori berikutan kandungan utama soya ; isoflayones, yang melindung sel saraf daripada tekanan oksida.

2.PENURUNAN BERAT BADAN
Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Terdapat banyak sebab ; pertamanya; ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein  rendah lemak yang membantu membina kandungan otot –  tidakkah ianya kedengaran seperti sebuah alternatif yang lazat? (tgk nnt hasilnyer cmner ok...)

3.MENENTANG RADIKAL
Matahari merupakan salah satu entiti yang sangat berbahaya kepada kulit kita, terutamanya di dalam keadaan cuaca kita yang agak panas. Soya telah dibuktikan mempunyai kandungan antioksida yang boleh membantu menentang radikal ini, kandungan utamanya adalah isoflavounes yang terdapat di dalam protein soya.

4.PEMBANGKIT TENAGA
Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang. Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang.Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari. Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga.( saya g claz pg xmengantuk dh)


JOM START DIET SUSU SOYA!!! BESSSHHHH!!! 

No comments: